Thursday 4 September 2014

Dugaan Dalam Kehidupan

Hari hari adalah dugaan. 
Dalam sedar dalam tak sedar. 
Dugaan kesenangan juga kesusahan.
Dugaan kegembiraan juga kesedihan.

Hadirnya sentiasa untuk menguji.
Kerana hidup adalah ujian.
Kadang terlupa kadang tersedar.
Adakah nikmat atau musibah.

Jalan mana yang kita pilih.
Jalan yang membawa kebahagiaan.
Jalan yang memberi kejayaan.
Atau jalan arah penderitaan

Walau telah diberikan petunjuk.
Petunjuk menikut jalan yang lurus.
Tapi masih ramai yang tersasar.
Mengikut kata hati dan bisikan syaitan

Ujian bukan sekadar menguji.
Ujian datang membawa kekuatan.
Semakin berat dugaan yang datang.
Semakin teguh pegangan mendatang.

Andainya gagal dalam rintangan
Jangan disalah takdir yang datang
Kerana hidup tiada pegangan
Lalu hanyut dilambung badai

Diberi kesenangan kita terlupa
diberi kesusahan kita terjaga
Ingatkan dimana harus dipinta
Kerana kita masih disayang

Diwaktu senang kita beringat
Lalu datang musibah menimpa
Usalah disalah takdir yang Esa
Kerana keikhlasan diuji jua

Dikala sukar kita bersyukur
Nikmat diberi tiada rupa
Andai tiada kurnia didunia
Yakinlah tempat kita disana

~HiSR








Monday 1 September 2014

Erti Sebuah Kejayaan


Apakah sebenarnya erti sebuah kejayan? Masyarakat pada hari ini meletakkan kejayaan pada penzahiran seperti kebendaan yang dimiliki: rumah yang besar, kereta mewah, pangkat dan kedudukan, taraf pendidikan, pencapaian dalam perniagaan dan kejaya, tahap sanjungan / populariti dan sebagainya yang lebih bersifat duniawi.

Sumber: Google
Manusia hari ini berlumba-lumba mengejar "kejayaan" ini sehingga ramai terlupa ukuran sebenar sesebuah kejayaan. Kerana itu lah apabila matlamat yang dikehendaki telah tercapai tetapi masih melihat ia sebagai kekurangan lalu mereka ini tiada ketenangan jiwa.

Alahamdullillah ada juga yang mendapat keberuntungan dunia dan akhirat. Tetapi terlalu ramai orang meletakkan garis panduan kejayaan diatas faktor ekonomi sebagai matlamat utama.

Hakikat sebuah kejayaan itu sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif.. Kejayaan dalam kerjaya tidak bermakna kita berjaya dalam hidup. begitu juga pendidikan ekonomi dan sebagainya.

Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup? Bila kita mati adakah kita bawa bersama sebuah kejayaan dan adakah ia dapat menolong kita dikemudian hari? Ada orang yang mengimpi kan diri dikenang sesudah mati tetapi dari sudut kejayaan apa?


Kejayan Menurut Islam

Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:

  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.

Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

Jelaslah disini bahawa kejayaan itu masih jauh. Langkah terbaik yang harus diambil adalah setiap saat kita harus memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kaya, terkenal, dihormati tak semestinya berjaya. Segala garis panduan telah tetulis didalam Al-Quran. Biar miskin, dihina, dikeji kerana ia adalah ujian untuk menetukan kejayaan.

Alangkah ruginya jika kita gagal didunia dan akhirat. Alangkah beruntungnya jika berjaya didunia dan akhirat. Tetapi jika diberi pilihan berjaya didunia gagal diakhirat dengan gagal didunia berjaya diakhirat, inilah ujian yang ramai orang membuat pilihan yang salah walau zahirnya mereka lebih memilih akhirat tetapi sering kali terlupa dek kerana menginginkan sesuatu yang didepan mata.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan diredai Allah..

Rujukan: www.iluvislam.com