Hari ini pada tanggal 31 Ogos 2014 negara kita Malaysia
menyambut kemerdekaan yg ke-57. Tema bagi kemerdekaan pada tahun ini adalah “Disini
Lahirnya Sebuah Cinta” petikan dari lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad .
Pada tahun ini juga pelbagai musibah melanda negara ini dari
kemelut politik, pencerobohan Sulu keatas Sabah, kehilangan pesawat Malaysia
Airline MH370 dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine yang mengorbankan
banyak nyawa.
Persoalan yang ditimbulkan oleh ramai orang yang melihat
apakah pencapaian dan perubahan yang kita capai, Merdekakah Kita? Ianya satu persoalan yang subjektif berdasarkan
pemahaman individu. Pada asas nya kemerdekaan yang kita capai adalah dari
pembebasan negara dari penjajahan pihak British. Namun adakah kita benar-benar
bebas?
Kemerdekaan menurut perspektif islam:
- memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah
- memerdekakan manusia daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dari sudut kepimpinan.
- memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat
Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 108 :
"Katakanlah
(wahai Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang yang megikutku menyeru
(manusia umumnya) kepada agama Allah dengan keterangan yang nyata. Maha Suci
Allah (daripada sebarang sekutu) dan aku bukanlah daripada golongan yang
musyrik (yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain)".
Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia hanya akan selamat
apabila mereka memperolehi hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT dan Rasul
yang diutuskan-Nya. Sebaliknya bagi mereka yang menjauhkan diri daripada
petunjuk Allah SWT, maka hidup mereka akan sentiasa lalai dan memusnahkan diri
mereka sendiri.
Hadis daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Aku telah
diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada
tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mereka mendirikan solat dan
menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakannya maka darah dan harta mereka
terpelihara melainkan dengan hak Islam dan perhitungan mereka adalah di sisi
Allah SWT". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lalu setiap insan ada jawapannya tersendiri, Merdekakah
Kita? Semoga kita semua dapat melahirkan sebuah cinta kepada yang Esa. Salam
Merdeka…
No comments:
Post a Comment