Saturday, 30 August 2014

Pengenalan dan Apa Itu NDT

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tanggal 13 August 2014 bermulalah episod baru dalam kerjaya saya dalam dunia NDT. Saya terpanggil untuk menulis blog ini kerana melihat masih kurangnya pengetahuan dan rujukan (B.Malaysia) berkaitan NDT di Malaysia. Malahan saya sendiri tidak pernah tahu apa itu NDT sebelum ini. Kebanyakkan orang yang menceburi bidang ini adalah dari mereka yang sudah pun menceburi industri dan pengetahuan yang disampaikan kepada saudara mara dan kenalan mereka.

Alhamdulillah sesungguhnya rezeki yang Allah beri telah memberi ruang kepada saya untuk mengenali dunia NDT ini. Semoga dengan sedikit perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua orang diluar sana.



Apa itu NDT

NDT adalah singkatan daripada Non-Destructive Testing atau dalam bahasa malaysia disebut Ujian Tanpa Musnah. Ianya adalah merupakan satu teknik dan analisa yang digunakan didalam industri dan sains untuk menetukan ciri-ciri sesuatu bahan, komponen atau sistem tanpa merosakkan atau memusnahkan bahan tersebut.

Sumber: Google


Ianya sangat penting terutamanya didalam industri kejuruteraan berat yang berisiko tinggi dalam mengawal kualiti sesuatu bahan agar bahan tersebut selamat digunakan. Sebab utama teknik ini digunakankan adalah kerana ianya tidak akan merubah artikel bahan yang diperiksa, menjimatkan wang dan masa, menyelesaikan masalah dan untuk tujuan penyelidikan.

Teknik yang biasa digunakan:
  •        Penguji Jururadiograf - Radiographic Tester (RT)
  •        Penguji Ultrasonik - Ultrasonic Tester (UT)
  •        Penguji Arus Pusar - Eddy Current Tester (ET)
  •      Penguji Penembus Cecair - Liquid Penetrant Tester (PT)
  •      Penguji Zarah Magnet - Magnetic Particle Tester (MT)
  •      Pemeriksaan Visual Jarak Jauh - Remote Visual Inspection (RVI)


NDT biasanya digunakan dalam bidang kejuruteraan forensik, mekanikal kejuruteraan, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, kejuruteraan sistem, kejuruteraan aeronautikal, perubatan, dan seni.


(Rujukan:  Wikipedia dan http://www.dsd.gov.my)

3 comments:

  1. Concrete coring test & rebound hammer pun tergolong dalam NDT Test jgka?

    ReplyDelete
  2. apa kelayakan yg perlu ada untuk masuk ke dalam bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete